22 December 2011

Hadith Pilihan: Berkerja, Berbelanja & Menabung


Berusaha, berdoa dan bertawakal

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”

Riwayat Ibn an-Najjar

19 December 2011

Hadith Pilihan: Membuang Halangan Di Jalanan

Dari Abu Hurairah R.A, Baginda S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki yang sedang bersenang-senang di dalam syurga, kerana dibalas oleh Allah S.W.T dari perbuatan memotong sebatang pohon kayu yang melintang di jalan yang mengganggu jalan orang Islam." (Hadis Riwayat Imam Muslim)

18 December 2011

Surah Al-Kaafiruun dan terjemahan: Surah 109

Surah Al-Kaafiruun berserta terjemahannya.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

[2] "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

[3] "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

[4] "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

[5] "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

[6] "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

TAMAT
Surah Al-kaafirun dan terjemahannya,



Surah An-Nasr dan Terjemahan: Surah 110

Surah An-Nasr dan Terjemahan:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad
berjaya menguasai negeri Makkah),


[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai,

[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya,
sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

TAMAT
Surah Al-Nasr dan Terjemahan.





Surah Al-Masad dan terjemahan: Surah 111

Surah Al-Masad berserta terjemahannya.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!

[2] Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

[3] Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

[4] Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.

[5] Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

TAMAT
 Surah Al-Masad dan Terjemahan.