Tuesday

Doa Bersin

Doa Apabila Bersin.

"Apabila seseorang bersin hendaklah dia berkata:


Terjemahan: "Segala puji bagi Allah."

Saudara atau temannya hendaklah menjawab:


Terjemahan: "Semoga Allah memberi rahmat kepadamu."

Apabila saudaranya berkata demikian, hendaklah dia menjawab:


Terjemahan: "Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki urusanmu."


{Hadith Riwayat Bukhari}


Sunday

Doa Elak Malas

Doa Elak Malas.


Terjemahan:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.

{Hadis Riwayat Bukhari 7/158}




Doa Kepada Dua Ibubapa

Doa kepada kedua ibu bapa.


Terjemahan:
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

{Surah Al-Isra': Ayat 24}

Doa Ketika Sedih

Doa ketika dukacita dan sedih


Terjemahan:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

{Hadith Riwayat Ahmad}

Doa Bangun Tidur

Doa selepas bangun dari tidur.

Terjemahan:
Segala Puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas  mematikan (tidur) kami dan kepadaNya kami akan kembali.


{Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim}

Saturday

Doa Sebelum Tidur

Doa Sebelum Tidur.

Dari Hudzaifa R.A bahawa apabila Baginda S.A.W hendak tidur, baginda akan membaca:

Terjemahan:"Dengan nama-Mu ya Allah, aku mati dan hidup”

Dan apabila Baginda S.A.W bangun dari tidur, baginda akan membaca:

Terjemahan: “Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami selepas ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.”


{Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim}

Doa Dipermudahkan Segala Urusan

Doa untuk memudahkan sebarang urusan:

Terjemahan:
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.


Sahih Ibnu Hibban No.2427

Doa Istikharah

Doa solat istikharah (memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan):

Kata Jabir Bin Abdullah, Rasulullah mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti Baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran. Sabdanya, apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu, hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:


Terjemahannya:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


{Al-Bhukari 7/162}


Doa Ziarah Orang Sakit

Doa ketika menziarahi orang sakit:

Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.



Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.

"Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu." At-Tarmizi & Abu Daud. Sahih At-Tarmizi 2/210, Sahih Al-Jami' 5/180

Doa Untuk Pengantin

Doa untuk diucapkan kepada pengantin.

Terjemahan:
"Semoga Allah memberkatimu kamu berdua, dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan."

{Hadis Riwayat At-Tirmizi}

Doa Untuk Mendapatkan Zuriat

Doa untuk mendapat zuriat. Doa Nabi Zakaria Alaihissalam.



Terjemahan:
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".

{Surah Ali Imran: Ayat 38}

Doa Tahiyat Awal dan Akhir

Doa Tahiyat/ Tasyahut Awal.



Terjemahan:
"Semua penghormatan milik Allah. Begitu juga kesejahteraan dan kebaikan. Selawat dan salam ke atas engkau wahai Nabi serta rahmat Allah dan berkatnya keatasmu. Salam sejahtera ke atas kita dan hamba Allah yang soleh. Aku mengaku bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Muhammad itu hambaNya dan utusanNya".

{Hadith Riwayat Al-Buhari dan Muslim}


Doa Tahiyat Akhir / Selawat ke atas Nabi selepas membaca Tahiyat Awal:

Terjemahan:
"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".

{Hadith Riwayat Bukhari}








Doa Nabi Sulaiman

Doa Nabi Sulaiman


Terjemahan:

Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah
kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian
daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".

{Surah Sad: Ayat 35}


Doa Nabi Yunus Ketika Dalam Kesusahan

Doa Nabi Yunus Ketika Dalam Kesusahan (di dalam perut ikan nun)


Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

{Surah Al-Anbiyaa': Ayat 87}

Menurut sebuah hadis bertaraf sahih riwayat Tirmidzi, Nabi s.a.w. menyatakan: “Sesungguhnya tiada seorang Muslim pun memanjatkan doa ini dalam apa keadaan sekalipun melainkan Allah akan memperkenankannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim, Disahihkan dan disepakati oleh az-Zahabi)

Doa Istighfar

Doa Istighfar/ doa memohon keampunan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.
{Hadith Riwayat Al-Bukhari}

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.


{Hadith Riwayat Muslim}

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:



 
Terjemahannya: Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.


Nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.

{Hadith Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi}


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan."
{Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi}

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.
{Hadith Riwayat Muslim}


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.
{Hadith Riwayat Muslim}





Doa Azan

Doa selepas mendengar azan.

Terjemahan:
" Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan solat yang akan didirikan, kurniakan kepada junjungan besar Nabi Muhammad keutamaan dan kelebihan, kemuliaan dan darjat yang tinggi serta limpahkan padanya makam yang terpuji yang telah Engkau janjikan."


{Hadis riwayat Bukhari dari Jabir Bin Abdullah}




Doa Bebas Dari Hutang

Doa supaya dapat membayar hutang



Terjemahan:
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang 
telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.


{Sahih At-Tirmizi 3/180}

Friday

Doa Nabi Ibrahim

Doa Nabi Ibrahim Supaya Tempatnya Mendapat Keamanan dan Keampunan.

{Surah Ibrahim: Ayat 35-41}



[35]
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.


[36]
Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat).

[37]
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.


[38]
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah!


[39]
"Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan.


[40]
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


[41]
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

Doa Ziarah Kubur


Doa Menziarahi Tanah Perkuburan. Salah satu doa yang diajar oleh Rasulullah bagi diucapkan apabila memasuki tanah perkuburan Muslim:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ 


لَلاَحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ

Terjemahannya:
"Salam sejahtera ke atas kalian wahai penduduk negeri kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami insya-Allah akan menyusul kalian. Aku memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan bagi kalian."

Hadia Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 975 (Kitab al-Janaiz, Bab apa yang dikatakan ketika memasuki kawasan perkuburan…)



Doa Nabi Yusuf

Doa Nabi Yusuf Agar Mati Dalam Islam.


Terjemahan:
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) Dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku Dengan orang-orang Yang soleh".

{Surah Yusuf: Ayat 101}


Doa Wudhu

Doa sebelum berwuduk:

"Dengan nama Allah".


Hadis dari Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad. Lihat Irwa' Al-Ghalil 1/22




Doa selepas berwuduk:




"Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku mengaku bahawasaya Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya.


Hadis Riwayat Muslim 1/209

Doa Tidur

Doa ketika bangun dari tidur.

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

{Hadith Riwayat Bukhari dam Muslim}

Doa Penerang Hati

Doa penerang hati.

Doa Nabi Musa ketika bertemu dengan Firaun. Doa supaya dilapangkan dada, dipermudahkan urusan dan dilancarkan pertuturan:

Terjemahan: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;


Terjemahan: Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;

Terjemahan: Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku;

Terjemahan: Supaya mereka faham perkataanku;"

{Surah Toha: Ayat 25-28}

Doa Masuk Tandas

Doa Ketika Masuk Tandas.


Terjemahannya:
"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".

Al-Bukhari 1/45, Muslim 1/283, tambahan "Bismillah di awalnya dikeluarkan oleh Sa'id Bin Mansur. Lihat: Fathul Bari 1/244

Doa Lihat Cermin

Doa ketika melihat diri di cermin.


Terjemahan:
Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku.


{Hadith Sahih - Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban}






Doa Ketika Hujan Turun

Doa ketika hujan turun.



اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Terjemahan:
"Ya Allah, cucurilah kami dengan hujan manfaat"

{Al-Bukhari}


Doa Keluar Rumah

Doa Ketika Keluar Rumah.

Terjemahannya:"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".


{Abu Daud 4/325, At-Tarmizi 5/490. Lihat: Sahih At-Tarmizi 3/151}

Doa Keluar Tandas

Doa ketika keluar tandas.

Terjemahan:
"Aku memohon keampunan daripadaMu."

Ashab As-Sunan kecuali An-Nasai dalam Amal Al-Yaum wa Al-Lailah. Lihat: Takhrij Zadul Ma'ad 2/387

Doa Jimak

Doa sebelum bersetubuh.



Terjemahan:
"Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan pada kami."

{Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim}

Doa Selepas Solat

Doa Ringkas Selepas Solat:


Terjemahannya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.