05 January 2016

Doa Nabi Ayub Ketika Ditimpa Penyakit


[83] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". 

{Surah Al-Anbiyaa 21, Ayat 83}

Doa Nabi Musa Supaya Dilancarkan Urusan & Percakapan Ketika Berhadapan Dengan Firaun

[25] Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; 

[26] "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; 

[27] "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, 

[28] "Supaya mereka faham perkataanku; 

{Surah Taha 20, Ayat 25-28}

04 January 2016

Hadith Pilihan: Sifat Malu

Daripada Ibn Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW melalui seorang lelaki daripada golongan Ansar yang sedang menasihati saudaranya tentang malu (yang keterlaluan), lalu Baginda SAW bersabda, “Biarkanlah dia (dengan perasaan malunya), kerana malu ini sebahagian daripada iman.”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Disalin daripada: http://www.islam.gov.my/en/e-hadith

Hukum Forex & Perbezaan dengan jual beli saham - Ustaz Zaharuddin