15 February 2016

Hal Yang Tidak Disukai Itu Penghapus Dosa

Daripada Abu Said al Khudri r.a dan Abu Nurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya."

[Bukhari dan Muslim]

Kredit: Facebook Islamic Relief Malaysia (NGO yang aktif menyalurkan pelbagai bantuan kemanusiaan ke seluruh pelusuk dunia)

Adab Makan

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Seseorang tidaklah mengisi kantung yang lebih buruk daripada perut. Cukuplah seseorang makan beberapa suap makanan yang boleh menegakkan tukang belakangnya. Jika perlu (makan banyak, maka maksimumnya) sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya."

[Tirmizi]

Kredit: Facebook Islamic Relief Malaysia (NGO yang aktif menyalurkan pelbagai bantuan kemanusiaan ke seluruh pelusuk dunia)